Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diwujudkan di bangunan yang pernah menjadi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen Negeri Kedah. Bangunan Mahkamah ini telah dibina pada November 1922 (1341 Hijrah) dengan ilham Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan kerjasama W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti (Jurutera Negeri), F.W. Wade ESQ (Arkitek) dan H.W. Fofden (Kontraktor). Rekabentuk bangunan ini mempunyai ciri senibina Roman. Keadaan ini jenis dilihat daripada rekabentuk tiang dan ukiran yang terdapat pada bahagian dinding.
Bangunan Mahkamah ini telah dikosongkan apabila operasi Mahkamah berpindah ke Kompleks Mahkamah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar pada bulan Jun 2005.
Bangunan Mahkamah telah diubahsuai menjadi Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 2007. Pelan ubahsuai telah disediakan oleh Arkitek Rusman berdasarkan spesifikasi galeri yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pembinaan Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Bijaya Indera, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Kerja-kerja ubahsuai bangunan dijalankan oleh kontraktor Seri Temin Development Corporation (M) Berhad. Kerja hiasan dalaman bangunan dilaksanakan oleh Azam Hias (KL) Sdn. Bhd., manakala kerja-kerja pengisian bahan pameran dilaksanakan oleh Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan menempatkan sebahagian barangan dan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman untuk tatapan orang ramai dan akan dipelihara sebagai bahan sejarah. Galeri Ini juga diiadikan salah satu produk pelancongan ‘Kedah Heritage Trail'