Galeri Sultan Abdul Halim
Galeri Sultan Abdul Halim Ia memiliki himpunan hampir 2,000 barangan koleksi peribadi Sultan Kedah. Turut dipamerkan adalah dokumen rasmi, pakaian istana dan hiasan termasuk carta yang menunjukkan susur galur keluarga DiRaja Kedah bermula dari 1136 sehingga masa kini. Tidak jauh dari Galeri Sultan Abdul Halim terdapat bangunan tumpuan pelancong lain seperti Balai Nobat, Balai Besar, Masjid Zahir, Balai Seni Negeri, Pekan Rabu, Rumah Merdeka, dan Menara Alor Setar.Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).
Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.
Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.
Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012
Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
1. Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
2. Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.
Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah diwujudkan di bangunan yang pernah menjadi Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Sesyen Negeri Kedah. Bangunan Mahkamah ini telah dibina pada November 1922 (1341 Hijrah) dengan ilham Al-Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dengan kerjasama W.Peel ESQ (Penasihat British), Mejar W.R. Sanguinetti (Jurutera Negeri), F.W. Wade ESQ (Arkitek) dan H.W. Fofden (Kontraktor). Rekabentuk bangunan ini mempunyai ciri senibina Roman. Keadaan ini jenis dilihat daripada rekabentuk tiang dan ukiran yang terdapat pada bahagian dinding.
Bangunan Mahkamah ini telah dikosongkan apabila operasi Mahkamah berpindah ke Kompleks Mahkamah, Jalan Suka Menanti, Alor Setar pada bulan Jun 2005.
Bangunan Mahkamah telah diubahsuai menjadi Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah pada tahun 2007. Pelan ubahsuai telah disediakan oleh Arkitek Rusman berdasarkan spesifikasi galeri yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pembinaan Galeri Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang dipengerusikan oleh Yang Berhormat Dato' Bijaya Indera, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman. Kerja-kerja ubahsuai bangunan dijalankan oleh kontraktor Seri Temin Development Corporation (M) Berhad. Kerja hiasan dalaman bangunan dilaksanakan oleh Azam Hias (KL) Sdn. Bhd., manakala kerja-kerja pengisian bahan pameran dilaksanakan oleh Syarikat Mariwasa Kraftangan Sdn. Bhd.
Galeri Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah akan menempatkan sebahagian barangan dan koleksi peribadi Kebawah Duli Yang Mulia Tuanku Sultan Kedah Darul Aman untuk tatapan orang ramai dan akan dipelihara sebagai bahan sejarah. Galeri Ini juga diiadikan salah satu produk pelancongan ‘Kedah Heritage TraiI’
Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu.
Baginda pernah berkahwin pada awal remaja Baginda pada sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa Baginda melanjutkan pelajaran Baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.
Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.
(rujukan dari wikipedia)
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah |
GPS: N6° 7' 11.1108", E100° 22' 0.5262" |
PERATURAN SEMASA DI DALAM GALERI |
BAJU T SHIRT YANG ADA DIJUAL DIGALERI SEBAGAI CENDERAMATA YANG BOLEH DI BELI OLEH PELAWAT |
ANDA JUGA BOLEH MEMBELI SECARA ONLINE PAGES FB GALERI SULTAN ABDUL HALIM
INFO:
NO.1 : UNTUK DEWASA
NO.2 : UNTUK KANAK-KANAK
SIZE : L & M ( brown-NO.1 DAN white NO.2 )
HARGA PROMOSI: RM25
HARGA ASAL :RM30
POS : rm7 (setiap 0-500g) sumber: pos malaysia